RTM nafi siar hebahan bazar Ramadan tahun ini dibatalkan

Kenyataan dikeluarkan media dikeluarkan Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Kenyataan dikeluarkan media dikeluarkan Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menafikan beberapa maklumat palsu yang tersebar antaranya Bazar Ramadan Tahun 2020 di seluruh negara dibatalkan.

Melalui kenyataan media dikeluarkan Pasukan Respon Pantas kementerian tersebut, Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menafikan menghebahkan mengenainya menerusi saluran TV1 RTM.

Selain itu, kenyataan tersebut turut memaklumkan Pos Malaysia menafikan dakwaan bahawa program kesetiaan jabatan itu menawarkan 1,000 unit telefon pintar jenama Apple iPhone 11 Pro secara percuma.

Dalam kenyataan sama, Majlis Keselamatan Negara turut menafikan dakwaan satu kenyataan bahawa negara menghadapi risiko dirompak dan disamun pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pekerja asing.

"Dakwaan mudah dijangkiti warga asing yang positif koronavirus (Covid-19) kerana mereka tidak akan mendapat rawatan tanpa bantuan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin juga tidak benar," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: