Perkhidmatan mel, bungkusan antarabangsa Pos Malaysia digantung sementara

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan mel dan bungkusan antarabangsa digantung sementara berikutan gangguan perkhidmatan di kebanyakan negara di seluruh dunia.

Pos Malaysia Berhad dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan, hanya China, Hong Kong, Jepun, Singapura dan United Kingdom tidak terlibat dan ia berkuat kuasa pada 30 Mac sehingga diberitahu kelak.

"Gangguan berkenaan disebabkan pembatalan penerbangan, penutupan lapangan terbang dan langkah-langkah pencegahan yang diambil bagi membendung penularan wabak (koronavirus) Covid-19 di negara destinasi.

"Walau bagaimanapun, perkhidmatan Express Mail Service (EMS) masih tersedia melalui pembekal rangkaian yang masih melakukan penghantaran ke beberapa buah negara," katanya menerusi kenyataan berkenaan.

Antara destinasi negara yang digantung termasuklah kebanyakan negara di Eropah, Amerika Selatan, Afrika, Asia Barat, Asia Tengah dan termasuklah rantau Asia Tenggara seperti Thailand, Brunei, Indonesia, Laos, Vietnam dan Laos.

Pos Malaysia Berhad menjelaskan, pihaknya akan sentiasa mengemas kini maklumat terkini dari semasa ke semasa.

Artikel Berkaitan: