Calon PH dakwa MDCH lantik kroni?

No Image Caption
A
A
A
CAMERON HIGHLANDS - Calon PH, M Manogaran mempertikaikan pelantikan Ahli Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) yang didakwanya bukan dalam kalangan orang tempatan.

Beliau juga percaya mereka yang dilantik terdiri daripada kroni-kroni pihak berkepentingan.

"Saya tak tahu kenapa MDCH bermaharajalela. Ahli-ahlinya bukan dari sini.

"Saya percaya ini sebab kroni bawa pegawai jadi ahli dan tak tahu sentimen rakyat tempatan. Jadi saya mahu perkara ini diperbaiki, peluang mesti diberi kepada pegawai dari daerah ini," katanya dalam sidang media selepas menghadiri perayaan Ponggal di Kuil Sri Subramaniyar, Tanah Rata, di sini, hari ini.

Beliau turut mendakwa MDCH gagal menyelesaikan isu kadar bayaran tempat letak kereta yang mahal.

“Setiap hari tujuh hari seminggu kena bayar, hari Ahad kena bayar juga. Berbeza dengan Kuala Lumpur penduduk tidak perlu bayar.

"Jadi ini tidak adil kepada penduduk di sini. Kadar bayaran bulanan amat tinggi sehingga RM80 sebulan,” katanya.

Artikel Berkaitan: