Siasatan SPRM tak sekat JBPM beli baju kalis api

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan siasatan yang dijalankan pihaknya berhubung isu pembekalan baju kalis api tidak menghalang atau menyekat perolehan dan pembelian Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

SPRM dalam satu kenyataan berkata, proses siasatan hampir selesai dan hanya menunggu keterangan daripada United Kingdom yang dipohon melalui Bantuan Perundangan Bersama (MLA).

"SPRM telah menghantar contoh baju kalis api yang dibekalkan kontraktor ini kepada Jabatan Kimia dan mengesahkan baju ini tidak selamat digunakan kerana tidak mengikut standard yang telah ditetapkan oleh JBPM.

"SPRM ingin menegaskan bahawa siasatan yang dijalankan oleh SPRM tidak menghalang atau menyekat perolehan atau pembelian oleh JBPM," katanya, hari ini.

Media melaporkan sembilan Balai Bomba dan Penyelamat di seluruh negara berdepan masalah kekurangan baju kalis api yang kritikal berikutan tiada pembelian baharu dibuat sejak 2017.

Ini menyebabkan anggota di balai berkenaan dikatakan terpaksa menggunakan baju kalis api ‘usang’ yang koyak ataupun berkongsi baju sama dengan rakan lain yang tidak bertugas jika berlaku kebakaran.

Difahamkan, sejak 2017, pembelian baju kalis api JBPM terhenti berikutan urusan pembeliannya disiasat SPRM.

Mengulas lanjut, SPRM berkata, sekiranya timbul sebarang keraguan berhubung isu ini, JBPM boleh menghubungi agensi tersebut.

Artikel Berkaitan: