Polis sekat laluan keluar masuk Menara City One

Tinjauan dari sudut atas Menara City Ones susulan PKPD Covid-19 di Menara City Ones hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Tinjauan dari sudut atas Menara City Ones susulan PKPD Covid-19 di Menara City Ones hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kawalan keselamatan di pintu masuk Menara City One Jalan Munshi Abdullah di sini diperketatkan susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lokasi berkenaan bermula hari ini.

Tinjauan Sinar Harian hari ini mendapati, beberapa penduduk diarahkan masuk ke unit masing-masing sewaktu cuba meminta izin daripada pihak terlibat yang mengawal pintu masuk.

Mereka bukan sahaja tidak dibenarkan keluar, malah orang luar termasuk pelawat juga tidak dibenarkan melepasi pintu kawalan keselamatan.

Bagaimanapun, khidmat penghantaran makanan dibenarkan sehingga pintu kawalan menyebabkan beberapa penduduk kelihatan turun mendapatkan barangan dipesan.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Covid-19: Menara City One lokasi ketiga dikenakan PKPD

PKPD Menara One City mula dikuat kuasa hari ini sehingga 13 April ini seperti dimaklumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri dalam satu kenyataan media semalam.

Tinjauan dari sudut atas Menara City Ones susulan PKPD Covid-19 di Menara City Ones hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Tinjauan dari sudut atas Menara City Ones susulan PKPD Covid-19 di Menara City Ones hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Penguatkuasaan itu melibatkan 3,200 penghuni di 502 unit kediaman dan premis perniagaan atas saranan Kementerian Kesihatan selepas 17 kes positif Covid-19 direkodkan di kawasan tersebut.

Langkah ini dilakukan bagi membendung penularan wabak dan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari unit ke unit dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari itu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, sekitar jam 1.50 petang, empat van membawa kira-kira 20 kakitangan kesihatan tiba di Menara City One Jalan Munshi Abdullah untuk saringan kesihatan Covid-19 kepada penghuni.