X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 29 Jun 2022

Saham KL kekal positif pada tengah hari

Seorang wartawan mengamati pergerakan Indeks Harga Saham Gabungan (IHSG) di Bursa Efek Indonesia, Jakarta.
A
A

KUALA LUMPUR - Saham di Bursa Malaysia terus berada pada momentum meningkat pada tengah hari ini, menjejaki prestasi bursa serantau yang positif.

Peniaga berkata, sentimen pasaran disokong oleh peningkatan semalaman di Wall Street terutamanya Indeks Perindustrian Dow Jones yang melonjak hampir 700 mata untuk ditutup kepada 22,327.5.

Pada jam 12.30 tengah hari, FBM KLCI meningkat 8.55 mata atau 0.64 peratus kepada 1,337.43 daripada 1,328.88 semasa ditutup pada Isnin.

Indeks utama dibuka tinggi 7.72 mata kepada 1,336.60, dan berada antara 1,335.91 dan 1,352.20 sepanjang sesi pagi.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 576 berbanding 177 manakala 264 kaunter tidak berubah, 981 tidak diniagakan dan 96 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.84 bilion saham bernilai RM1.04 bilion.

Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura meningkat 2.03 peratus kepada 2,465.27, Indeks Hang Seng Hong Kong naik 1.09 peratus kepada 23,428.15 dan Indeks Kospi Korea Selatan menambah 0.81 peratus kepada 1,730.95.

Rakuten Trade Sdn Bhd berkata, persaingan antara pembeli dan penjual berterusan berikutan Wall Street mengakhiri sesi dengan lebih kukuh semalam.

“Walaupun kami menjangka pasaran serantau juga sedemikian disokong oleh beberapa belian, turun naik masih tinggi,” katanya dalam nota hari ini.

Di peringkat tempatan, broker ekuiti dalam talian menjangka pasaran akan lebih kukuh dan mengunjurkan FBM KLCI akan diniagakan dalam julat yang terhad antara 1,320 dan 1,340.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, IHH meningkat 12 sen kepada RM5.27, Maybank dan Sime Darby Plantation, masing-masing naik lapan sen kepada RM7.39 dan RM4.73, Genting menambah 23 sen kepada RM3.73 dan CIMB menokok lapan sen kepada RM3.59.

Daripada saham aktif, Armada naik setengah sen kepada 13.5 sen, Hibiscus menambah satu sen kepada 18 sen, manakala Pegasus Heights, Sanichi dan Hubline, masing-masing tidak berubah pada setengah sen, lima sen dan empat sen.

Nestle mendahului senarai kaunter paling untung, melonjak RM1.00 kepada RM137.00, Ajinomoto naik 52 sen kepada RM13.22, Dutch Lady meningkat 46 sen kepada RM42.50, F&N menambah 44 sen kepada RM30.96 dan Kuala Lumpur Kepong menokok 40 sen kepada RM20.94.

Indeks FBM Emas naik 72.72 mata kepada 9,157.12, Indeks FBM Emas Shariah menokok 75.81 mata kepada 9,984.77 manakala Indeks FBMT 100 meningkat 67.59 mata kepada 9,085.32.

FBM 70 naik 118.02 mata kepada 10,499.65 dan FBM Ace menambah 133.72 mata kepada 3,917.19.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 1.05 mata kepada 104.88, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 88.89 mata kepada 12,225.64 dan Indeks Perladangan meningkat 76.19 mata kepada 6,119.36. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!