Beruk disembur cat gara-gara 'ceroboh' rumah

Paparan Facebook Persatuan Haiwan Malaysia mengecam tindakan pelaku.
Paparan Facebook Persatuan Haiwan Malaysia mengecam tindakan pelaku.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persatuan Haiwan Malaysia mengecam tindakan individu tidak bertanggungjawab kerana mewarnakan seekor beruk di sini.

Menerusi akaun Facebook Persatuan Haiwan Malaysia, pelaku menangkap seekor beruk dan mewarnakan bulunya dengan warna merah, hijau menggunakan penyembur botol telah membuatkan pencinta haiwan berang.

Si pelaku dikatakan berbuat demikian kerana beruk itu masuk ke rumahnya sebelum disumbat ke dalam sangkar.

Rakaman video yang dirakam pelaku, kepercayaan mewarnakan badan beruk bagi menakutkan beruk lain agar tidak mengganggu penduduk adalah satu tindakan tidak wajar.

"Boleh buat apa saja untuk halau beruk tetapi Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 boleh dakwa si pelaku atas perlakuan khianat pada beruk." menurut kenyataan itu.

Tindakan pelaku memuat naik beberapa gambar beruk di Facebook miliknya terus dikecam netizen dan menyifatkan perbuatan itu cukup zalim.

Antara netizen yang berpendapat begitu daripada Dyilla Ahmad yang berharap pihak berkaitan mengambil tindakan sewajarnya.

"Manusia apa ni, menzalimi haiwan bukan satu kesalahan dan bangga seolah benda itu betul. Saya tak boleh sabar tengok banyak sangat kes penderaan haiwan.

Artikel Berkaitan:

"Rumah ibu saya pun banyak monyet, makan buah bagai.. kita manusia kan, ada akal, itu haiwan ciptaan ALLAH, ada hak di bumi. Kalau masuk rumah halau, tak perlu seksa begitu," katanya.

Sue Akanishi berkata, "Buatlah seberapa banyak amal jariah kerana kita tak tahu yang mana akan membawa kita ke syurga. Sedih tengok manusia tak mengasihani binatang."

Ujar Zai Za, "Tak berhati perut, kesian dekat beruk, pihak berkaitan ambil tindakan segera."