Pemakaian 'kad kesihatan' tak berkesan cegah Covid-19

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Pemakaian 'kad kesihatan' atau 'health tag' pada leher yang mengandungi bahan kimia klorin dioksida adalah tidak berkesan untuk mencegah jangkitan kuman atau virus sedia ada termasuk koronavirus (Covid-19).

Pusat Racun Negara menerusi laman Facebooknya berkata, hasil kajian dijalankan terhadap produk seumpamanya mendapati gas yang dibebaskan adalah sangat rendah atau tidak dapat dikesan langsung.

"Selain itu, kajian tersebut menunjukkan tiada kesan pembasmian kuman atau virus yang berlaku," katanya.

Menurut pusat berkenaan, kajian tersebut telah dijalankan dan diterbitkan melalui artikel Hidekazu Nishimura, Investigation on Practical Usefulness of Body-worn Devices that Claim to Release Chlorine Dioxide, Japanese Journal of Environmental Infections 32(4):222-226. July 2017.

Klorin dioksida merupakan gas yang bersifat merengsa terutama kepada saluran pernafasan bergantung kepada kuantiti dan kepekatan gas yang terdedah.

Menurutnya, apa yang lebih membimbangkan adalah kepercayaan pengguna terhadap produk tersebut yang merasakan mereka selamat dan dilindungi daripada jangkitan.

"Akibatnya, pemakai mungkin akan bersikap kurang berhati-hati dan tidak mengamalkan kaedah pencegahan yang terbukti berkesan seperti kerap membasuh tangan dan penjarakan sosial," katanya.

Ketika ini, tular di media sosial mengenai dakwaan yang mengatakan kad kesihatan dipercayai mampu menghalang individu yang memakainya daripada dijangkiti Covid-19, beserta beberapa gambar pemimpin yang didakwa memakai kad berkenaan.

Artikel Berkaitan: