Altimet kotakan janji...

Foto - INSTAGRAM ALTIMET
A
A

KOMPOSER dan penyanyi rap popular, Altimet mengotakan janjinya untuk tidak menjadi penyanyi atau rapper lagi.

Perkara itu diumumkan menerusi Instagram (IG) miliknya malah IGnya itu juga hanya tinggal beberapa keping gambar dan klip video pendek yang masih tinggal.

Dia juga turut muat naik video pendek sebuah bilik yang pada awalnya terang kemudian gelap apabila lampu ditutup serta meninggalkan kapsyen.

"Hari terakhir aku dekat dalam bilik ini sebagai seorang rapper. Kalau dengar lagu aku lepas ini, itu bukan rakaman baharu, tetapi sudah lama ada dalam 'hard drive' aku. Aku tutup akaun, (aku) tutup buku, (aku) tutup mulut, (aku) mintak diri dulu," tulisnya.

Sebelum ini, komposer itu juga pernah memaklumkan tidak akan menyertai pertandingan Anugerah Juara Lagu (AJL), selepas ini.

Pengumuman itu dibuat oleh pemilik nama sebenar, Ahmad Abdul Rahman ini juga menerusi laman IG.

[ARTIKEL BERKAITAN: Altimet nekad bersara, tanda dari ALLAH ]

Dia yang terkenal dengan lagu Amboi, Kalau Berpacaran (berganding dengan Ana Raffali dan Suhaimi Mior Hassan) Kalau Aku Kaya (bersama Awi Rafael) dan Not For Sale (dengan Stacy).

Apa-apa pun yang akan dilakukan selepas ini, mungkin sebagai komposer, penulis lirik atau selainya, semoga Altimet terus menempa kejayaan.

Meskipun berasa kehilangan, rata-rata peminat mengucapkan selamat maju jaya kepada penyanyi berbakat itu.

"Terima kasih kerana memberi inspirasi kepada kami, semoga terus berjaya dengan kehidupan baharu," tulis fkblunt.

"Semoga @altimet terus maju jaya. Lagu-lagu abang memang saya suka sebab ada isi," tulis azlin__nas.

"Salam dari aku bro! Altimet... Hormat dan mantap... Dari teh tarik kru sampailah solo rapper ... Dari 'underground' sampai 'ontheground'... Kau legend," tulis theantibioticz.

"@altimet, apa juga keputusan, saya sebagai peminat kamu, hormati keputusan kamu. Selamat maju jaya," tulis [email protected]

"Ikut jejak Malique ke masuk gua, tetapi lagu tetap jalan, apa-apa pun selamat maju jaya," tulis zyra.ab.

"Terima kasih sebab selama ini buat lagu yang sedap untuk kami semua... Semoga dimurahkan rezeki... Dan terima kasih kerana susun lirik penuh dengan kata- kata... Kami akan rindu lagu Altimet," tulis harris_hamidi.

Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia