Pawi sumbang 1,000 botol cecair pembasmi kuman

Safawi menyerahkan sumbangan cecair pembasmi kuman kepada KPJ Johor. - Foto Johor Southern Tigers
Safawi menyerahkan sumbangan cecair pembasmi kuman kepada KPJ Johor. - Foto Johor Southern Tigers
A
A
A

BINTANG bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Safawi Rasid hari ini menyumbangkan 1,000 botol cecair pembasmi kuman kepada hospital swasta KPJ Johor bagi membantu memerangi penularan koronavirus (Covid-19) yang semakin membimbangkan.

Penyerang kebangsaan berusia 23 tahun itu turut mengedarkan cecair berkenaan kepada beberapa anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang bertugas membantu menangani pandemik tersebut.

Perkara itu dikongsikan dalam hantaran di laman rasmi Facebook Johor Southern Tigers, hari ini.

Terdahulu, Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2019 itu bersama-sama kesemua pemain, pegawai dan kakitangan JDT bersetuju dengan pemotongan gaji sebanyak 33 peratus sebagai membantu kewangan pasukan yang terjejas kesan penularan Covid-19.

Barisan pemain JDT turut menyumbangkan sebahagian daripada pendapatan mereka kepada Tabung Bencana Negeri Johor bagi membantu kerajaan negeri meringankan beban mereka yang terjejas susulan penularan Covid-19. - Bernama

Artikel Berkaitan: