Hishammuddin ucap terima kasih kepada bantuan perubatan UAE

Hishammuddin
Hishammuddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang menghulurkan bantuan peralatan perubatan kepada Malaysia semalam.

Menerusi catatannya di laman Facebook beliau, Hishammuddin berkata, semua peralatan perubatan berupa kit ujian Covid-19 itu, akan diserahkan terus kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk diagihkan kepada pihak yang memerlukan khususnya petugas barisan hadapan.

“Saya juga bersyukur kerana susulan perbualan telefon saya dengan Menteri Luar Negeri UAE, Sheikh Abdullah bin Zayed Al-Nahyan tempoh hari, selain bantuan peralatan perubatan yang kita terima hari ini, UAE dan Malaysia turut bekerjasama rapat dengan berkongsi maklumat, kepakaran serta strategi untuk memerangi Covid-19.

“Perkongsian (maklumat) ini termasuklah melalui video conference yang diadakan setiap hari melibatkan Taskforce Covid-19 Wisma Putra dengan kepimpinan tertinggi Kerajaan UAE,” tulisnya.

Hishammuddin juga berharap kerjasama erat ini berupaya membantu kedua-dua negara menangani krisis Covid-19 dengan sebaik mungkin. - Bernama

Artikel Berkaitan: