Zulkifli sampaikan sumbangan Yadim kepada asnaf, penuntut UKM

Zukifli (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan dalam kempen Musaádah Covid-19.
Zukifli (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan dalam kempen Musaádah Covid-19.
A
A
A

SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turun padang menyampaikan sumbangan kepada golongan terkesan akibat penularan wabak koronavirus (Covid-19) hari ini.

Zulkifli bersama pihak Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyampaikan sumbangan kepada lima wakil penduduk di kawasan Pangsapuri Sri Enggang di Puchong.

“Secara keseluruhan, seramai 100 keluarga menerima bantuan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan harian bernilai RM20,000 daripada Yadim.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Yadim di atas inisiatif ini, yang bagi saya kita sama-sama 'singsing' lengan, turun ke padang (menyantuni asnaf). Yadim memainkan peranan yang amat banyak mengikut kemampuannya,” katanya.

Dalam masa sama, Zulkifli juga meminta sebarang perkembangan mengenai usaha menyantuni asnaf dan golongan lain dalam kempen Musaádah Covid-19 sentiasa dimaklumkan kepada beliau agar pihaknya dapat membuat penyelarasan dan memaklumkannya kepada masyarakat.

“Jika timbul sebarang masalah juga boleh maklumkan kepada saya, semoga usaha kita ini tidak tergendala,” katanya.

Hadir sama Yang Dipertua Yadim, Nik Omar Nik Ab Aziz; Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh; Pengarah Bahagian Perhubungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Mohd Fitri Aziz Yusof dan wakil persatuan penduduk.

Selepas menyerahkan sumbangan di Pangsapuri Enggang, Zulkifli hadir ke satu lagi majlis penyerahan bantuan Yadim kepada 100 penuntut UKM di Bangi yang dikenal pasti melalui bantuan Rakan Siswa Yadim di universiti tersebut.

Artikel Berkaitan:

Antara sumbangan melibatkan bekalan makanan dan barangan penjagaan diri seperti sabun dan ubat gigi.

Turut hadir, Naib Canselor UKM, Prof Datuk I Dr Mohd Hamdi Abd Shukor.