X

Kindly register in order to view this article
!

Penuntut kolej warga Nigeria didakwa rogol pekerja kedai serbaneka

A
A

KUALA LUMPUR- Seorang penuntut kolej warga Nigeria hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan merogol seorang pekerja kedai serbaneka.

Bagaimanapun, Egbujor Simeon, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim, Suraiya Mustafa Kamal.

Dia didakwa merogol wanita berusia 27 tahun itu di sebuah rumah di Jalan Kuching di sini pada 4 petang 11 Mac lepas mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh yang diwakili peguam Zulkifli Awang.

Mahkamah kemudian menetapkan 8 Mei untuk sebutan kes.-Bernama