Dua warga asing ingkar PKP cuba larikan diri

Kelima-lima suspek yang ditahan sempena Ops Covid-19.
Kelima-lima suspek yang ditahan sempena Ops Covid-19.
A
A
A

TEMERLOH - Cubaan dua lelaki warga asing melarikan diri ketika sekatan jalan raya Ops Covid-19 gagal apabila mereka berjaya ditahan di Simpang Kepayang, Bera semalam.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mansor Samsudin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, kedua-dua buruh warga Indonesia itu turut memberikan alasan untuk mengambil gaji mereka daripada majikan di Kerayong.

"Mereka ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan (KK), 61(c) Akta Imigresen 1959/1963 dan (Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) 2020," katanya.

Kelima-lima suspek yang ditahan sempena Ops Covid-19 di Bera semalam.
Kelima-lima suspek yang ditahan sempena Ops Covid-19 di Bera semalam.

Kedua-duanya dihadapkan ke Mahkamah Temerloh hari ini dan direman selama empat hari selepas perintah reman dikeluarkan Majistret Ti Pei Si.

Dalam pada itu, tiga pekerja restoran turut ditahan malam tadi selepas ditemui berada di sebuah premis restoran di bandar Bera kira-kira jam 7.50 malam dan dikenakan tahanan reman selama tiga hari ketika dihadapkan di mahkamah sama hari ini.

Artikel Berkaitan: