Bursa Malaysia turun 1.29 peratus pada tengah hari

Bursa Malaysia
Bursa Malaysia
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi hari ini menjejaki prestasi bursa serantau berikutan kesan penularan wabak koronavirus (Covid-19) dialami seluruh dunia.

Pada jam 12.30 tengah hari, FBM KLCI susut 17.33 mata atau 1.29 peratus kepada 1,325.76 daripada 1,343.09 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Indeks utama itu dibuka 6.86 mata lebih rendah pada 1,336.23 hari ini dan bergerak di antara 1,317.39 dengan 1,336.23 sepanjang dagangan sesi pagi.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter rugi sebanyak 523 berbanding 230 manakala 237 kaunter tidak berubah, 1,020 kaunter tidak diniagakan dan 108 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.67 bilion saham bernilai RM918.95 juta.

Bagi peringkat rantau, Nikkei Jepun turun 3.13 peratus kepada 18,782.41; Indeks Hang Seng Hong Kong kurang 1.29 peratus kepada 23,181.07 dan Indeks Straits Times Singapura susut 3.90 peratus kepada 2,430.05.

Peniaga berkata kebimbangan mengenai Covid-19 telah menyebabkan pasaran saham Amerika Syarikat (AS) merekodkan penurunan pada Jumaat setelah mencatatkan aliran meningkat selama tiga hari berturut-turut.

Ketika penutupan, Dow Jones merosot 915.4 mata atau 4.06 peratus kepada 21,636.8; Indeks S&P 500 turun 3.37 peratus manakala Nasdaq kurang 3.79 peratus kepada 7,502.4.

Artikel Berkaitan:

Dalam nota penyelidikan hari ini, Rakuten Trade Sdn Bid berkata, Presiden AS, Donald Trump akhirnya mengakui wabak Covid-19 adalah lebih serius daripada sangkaan awalnya selain melanjutkan tempoh garis panduan penjarakan sosial dari 12 April hingga 30 April dengan mengatakan kematian boleh mencecah 100,000 orang.

"Ini boleh memberi kesan buruk ke atas pasaran kewangan dan dapat dilihat penjual mendominasi aktiviti sekali lagi.

"Kami menjangkakan turun baik semakin ketara dan FBM KLCI mengalami sedikit tekanan serta menguji semula paras sokongan 1,320,” menurut firma itu.

Antara saham berwajaran tinggi, Maybank merosot lima sen kepada RM7.32, Public Bank kurang 10 sen kepada RM15.80, IHH turun tujuh sen kepada RM5.19, Maxis susut lapan sen kepada RM5.29 namun Tenaga meningkat 12 sen kepada RM11.82.

Saham paling aktif diniagakan Vortex, meningkat dua sen kepada lima sen, manakala Careplus menokok 4.5 sen kepada 27 sen, Ekovest dan Reach Energy masing-masing turun setengah sen kepada 37.5 sen dan 3.5 sen manakala MLAB tidak berubah 1.5 sen.

Saham paling rugi diketuai oleh F&N yang merosot 94 sen kepada RM29.14, Dutch Lady susut 92 sen kepada RM41.96, Ajinomoto turun 68 sen pada RM12.30, Hong Leong Bank kurang 62 sen kepada RM13.58 dan Yinson menguncup 54 sen kepada RM4.76.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 128.79 mata kepada 9,057.51, Indeks FBM Emas Syariah susut 137.18 mata kepada 9,871.20 manakala Indeks FBMT 100 kurang 129.14 mata kepada 8,993.09.

FBM 70 merosot 197.18 mata kepada 10,338.66 namun FBM Ace meningkat 26.65 mata kepada 3,793.60.

Mengikut sektor, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.99 mata kepada 103.2.30, Indeks Perkhidmatan Kewangan kurang 183.82 mata kepada 12,121.12 dan Indeks Perladangan menguncup 103.12 mata kepada 6,030.51. - Bernama