Perhilitan siasat dakwaan penduduk diganggu lotong sejak PKP

Keratan portal Sinar Harian hari ini.
Keratan portal Sinar Harian hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor akan menyiasat dakwaan penduduk di beberapa kawasan berhampiran Bukit Melawati, Kuala Selangor yang sering diganggu sekumpulan lotong yang mencari makanan.

Pengarahnya, Haidar Khan Mokbolhasan berkata, perkara itu akan disiasat terlebih dahulu sebelum menjalankan tindakan seterusnya.

"Jabatan (Perhilitan) akan siasat selanjutnya termasuk menghubungi penduduk berkenaan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Lotong Bukit Melawati ganggu penduduk sejak PKP

Sinar Harian sebelum ini melaporkan kira-kira lebih 300 penduduk di Taman Bendahara termasuk beberapa taman berhampiran dihimpit tekanan berikutan gangguan sekumpulan lotong yang mencari makanan.

Kumpulan lotong yang menjadi tarikan pengunjung di Bukit Melawati itu dipercayai 'menyerang' kawasan kediaman penduduk apabila kelaparan selepas tidak lagi menerima makanan daripada pengunjung yang singgah di Bukit Melawati berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Artikel Berkaitan: