X

Kindly register in order to view this article
!

Kebenaran bertugas sehari untuk selesai proses bayar gaji

A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan untuk membenarkan pekerja Bahagian Kewangan atau Sumber Manusia dalam sektor swasta ke tempat kerja hanya untuk sehari sahaja bagi memproses pembayaran gaji mengikut ketetapan undang-undang.

Kementerian Sumber Manusia menyatakan jumlah maksimum pekerja yang dibenarkan untuk tujuan berkenaan ialah dua orang sahaja sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Mereka dibenarkan hadir ke tempat kerja untuk menjalankan urusan kerja yang spesifik iaitu menyelaras dan memproses 'payroll' bagi tujuan pembayaran gaji pekerja iaitu bagi tempoh satu hari sahaja sama ada pada 31 Mac atau 1 April," menurut kementerian itu dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, majikan diminta menyediakan surat atau dokumen pelepasan dan kebenaran untuk ke tempat kerja bagi pekerja terbabit.

Surat atau dokumen pelepasan itu perlu menyenaraikan nama penuh dan nombor kad pengenalan pekerja terlibat serta nombor telefon majikan untuk dihubungi bagi tujuan pengesahan.

Langkah itu bertujuan memudahkan pergerakan mereka ke tempat kerja sekiranya diminta mengemukakan surat atau dokumen terbabit oleh pihak berkuasa. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus