52 ditahan di Perlis ingkar PKP

Antara yang ditahan di Perlis kerana gagal mematuhi peraturan PKP.
Antara yang ditahan di Perlis kerana gagal mematuhi peraturan PKP.
A
A
A

KANGAR - Seramai 52 individu termasuk tiga wanita ditahan di Perlis kerana gagal mematuhi peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga semalam.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, tangkapan itu turut membabitkan empat warga asing.

Menurutnya, penahanan dibuat setelah didapati pihak terlibat berada di luar rumah tanpa tujuan, berhimpun di luar rumah dan menjalankan perniagaan melebihi masa.

"Polis memandang serius kesalahan ini dan meminta orang ramai untuk patuh arahan yang dikeluarkan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, kesemua tangkapan berusia lingkungan 18 hingga 36 tahun akan disiasat mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Katanya, kes juga dibuka mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas polis.

Dalam masa sama, beliau turut berharap masyarakat terus memberikan kerjasama dan mengambil serius berhubung isu penularan wabak Covid-19) dengan mematuhi arahan pihak berkuasa untuk berada di rumah.

Jelasnya, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana yang gagal berbuat demikian.

Artikel Berkaitan: