X

Kindly register in order to view this article
!

Contohi pengorbanan besar JDT setuju potong gaji

Stuart Ramalingam
A
A

PEMAIN, jurulatih dan kakitangan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) bukan sahaja bersetuju dengan pemotongan gaji sebanyak 33 peratus, malah mereka juga akan mendermakan sebahagian daripada gaji mereka untuk disalurkan kepada Tabung Bencana Negeri Johor.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam dalam satu kenyataan dikeluarkan FAM berkata, pengorbanan yang ditunjukkan para pemain dan pegawai pasukan JDT itu seharusnya dicontohi pasukan lain dalam Liga-M.

“Apa yang telah ditunjukkan oleh JDT ini merupakan contoh pengurusan terbaik sesebuah kelab dalam menangani permasalahan yang boleh dianggap sebagai isu global kini,” katanya.

Menurutnya, penghargaan sudah tentu seharusnya diberikan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim di atas usaha positif ini dan cara baginda menguruskan kelab secara keseluruhannya.

Katanya, beliau berharap agar pasukan-pasukan dalam Liga-M dapat mengadakan perbincangan terbuka dan mencapai satu keputusan bersama berhubung isu pembayaran gaji dalam keadaan yang sukar ketika ini demi menjaga kepentingan arena bola sepak negara.

JDT mengumumkan langkah yang diambilnya itu semalam menerusi catatan di laman Facebook rasmi pasukan itu atas kesedaran mengenai situasi dan keperluan semasa demi meringankan beban kelab selepas saingan Liga-M ditangguh sejak 16 Mac lalu akibat penularan wabak Covid-19 selain membantu mereka yang terjejas dan memerlukan akibat wabak berkenaan. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf