Siswazah USIM di Johor sah positif Covid-19

Kampus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencatatkan satu kes positif Koronavirus (Covid-19) melibatkan siswazah Ijazah Sarjana.
Kampus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencatatkan satu kes positif Koronavirus (Covid-19) melibatkan siswazah Ijazah Sarjana.
A
A
A

NILAI - Kampus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencatatkan satu kes positif Koronavirus (Covid-19) melibatkan siswazah Ijazah Sarjana.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Pusat Komunikasi Strategik USIM semalam pelajar yang bertugas di Johor Bahru itu kini dikuarantin di Hospital Kluang, Johor bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, sepanjang dijangkiti beliau tidak datang ke kampus malah tidak berada pun di sekitar kampus USIM.

“Saringan yang dilakukan pada Rabu lalu mendapati beliau positif Covid-19.

“Data yang dikemukakan adalah di peringkat dalaman USIM dan selaras dengan data di peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, sehingga kini tiada kes positif Covid-19 dilaporkan di kampus itu dan warga USIM disarankan untuk terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

“Mereka juga dinasihatkan mendapatkan maklumat dari sumber yang tepat dan sentiasa mengamalkan penjagaan kesihatan,” katanya.

Sebanyak 1,810 pelajar termasuk kakitangan USIM telah disaring bagi memastikan kesihatan mereka terjamin.

Artikel Berkaitan: