Ziarah keluarga di kampung alasan minta permit keluar daerah

Warga Kuantan hadir ke IPD Kuantan bagi mendapatkan borang kebenaran permit pergerakan rentas daerah dan negeri di IPD Kuantan hari ini.
Warga Kuantan hadir ke IPD Kuantan bagi mendapatkan borang kebenaran permit pergerakan rentas daerah dan negeri di IPD Kuantan hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Menziarahi keluarga dan menghantar isteri di kampung antara alasan warga Kuantan memohon permit pergerakan untuk merentasi daerah dan negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, polis menerima kira-kira 80 hingga 100 permohonan setiap hari dengan pelbagai alasan tidak munasabah sekali gus menunjukkan mereka tidak mengambil berat arahan PKP bagi membendung wabak koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, permohonan permit itu bertujuan mengehadkan pergerakan orang ramai.

"Mereka yang tiada alasan kukuh tidak dibenar meneruskan perjalanan melepasi daerah kecuali dengan kebenaran bertulis dari Ketua Polis Daerah masing-masing.

"Bagaimanapun pengecualian hanya kepada individu yang perlu sahaja. Kita harapkan orang ramai faham langkah tersebut sebagai usaha memutuskan rantaian merebaknya virus Covid-19," katanya ketika ditemui Sinar Harian

Seawal 8 pagi, orang ramai sudah beratur untuk menghantar borang permohonan permit pergerakan bagi merentasi daerah dan negeri di IPD Kuantan hari ini.
Seawal 8 pagi, orang ramai sudah beratur untuk menghantar borang permohonan permit pergerakan bagi merentasi daerah dan negeri di IPD Kuantan hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Noor berkata, individu yang diberi kebenaran tidak boleh menetap di negeri atau daerah sebaliknya perlu segera ke Pahang.

"Kita mahu perjalanan pergi dan balik mereka dalam tempoh sehari dan tidak lebih daripada tempoh itu serta perlu mematuhi syarat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tinjauan di sekitar IPD Kuantan mendapati orang awam akur dengan perintah PKP

Nur Aina Syafia Mohd Hasyim, 29, berkata, permohonan dibuat kerana mahu mengambil adik perempuannya yang berseorangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas tiba dari Surabaya dua hari lalu.

Katanya, walaupun telah melepasi saringan namun tidak dapat meneruskan perjalanan pulang.

"Adik saya berusia 16 tahun belajar di sebuah pusat tahfiz di sana. Kini dia tinggal keseorangan tanpa bekalan dan terpaksa tidur di KLIA.

"Selepas mengambilnya kami akan kuarantin di rumah selama 14 hari," katanya.

Pelbagai alasan yang diberikan oleh pemohon bagi mendapatkan pengecualian atau permit kebenaran pergerakan daripada pihak Polis.
Pelbagai alasan yang diberikan oleh pemohon bagi mendapatkan pengecualian atau permit kebenaran pergerakan daripada pihak Polis.

Begitu kontraktor, Rosdi Wahab, 55, pula mahu menguruskan permit kerja pekerjanya yang berada di luar Pahang.

"Saya sudah pergi pada Rabu lalu tapi masalahnya saya tidak ada kelulusan daripada balai Kuantan...jadi pihak polis perak tidak membenarkan saya membawa pekerja itu pulang

"Hari ini saya datang membuat permohonan sekali lagi dan harap pihak polis dapat memberi pengecualian," katanya.