200,000 dijangka maut akibat Covid-19 di AS, kata pakar

Ahad lalu, sekurang-kurangnya 2,197 orang meninggal dunia dan jumlah jangkitan meningkat kepada 125,300, menurut data Johns Hopkins University.
Ahad lalu, sekurang-kurangnya 2,197 orang meninggal dunia dan jumlah jangkitan meningkat kepada 125,300, menurut data Johns Hopkins University.
A
A
A

WASHINGTON - Amerika Syarikat mungkin menyaksikan sehingga 200,000 orang maut akibat wabak koronavirus (Covid-19) dan berjuta-juta lagi dijangkiti, kata seorang pegawai penyakit berjangkit semalam.

"Melihat kepada keadaan sekarang, kita dijangka menyaksikan antara 100,000 hingga 200,000 kematian," kata pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan, Dr Anthony Fauci kepada CNN.

"Kita juga bakal menyaksikan berjuta-juta kes," lapor agensi berita Anadolu.

Fauci berkata, unjuran boleh berubah memandangkan wabak penyakit itu seperti 'sasaran bergerak'.

Pada Ahad, sekurang-kurangnya 2,197 orang meninggal dunia dan jumlah jangkitan meningkat kepada 125,300, menurut data Johns Hopkins University.

Kes kematian pertama di AS dilaporkan pada 29 Februari di Washington, kini negeri itu mencatatkan jumlah korban seramai 136 orang. - Bernama

Artikel Berkaitan: