Blogger manfaat masa reka tudung pakai buang untuk frontliner wanita

Farah bersama anak tunggal kesayangannya, Maream. Foto: Instagram Farahlee
Farah bersama anak tunggal kesayangannya, Maream. Foto: Instagram Farahlee
A
A
A

SHAH ALAM - Selebriti media sosial, Nurfarahin Romli atau lebih dikenali sebagai Farah Lee memanfaatkan waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menghasilkan rekaan tudung pakai buang khusus untuk kegunaan para petugas frontliner wanita.

Beliau menerusi Instagramnya berkongsi tentang projek tersebut yang sudah dirancang sejak hari kedua PKP dilaksanakan di negara ini.

Menurutnya yang kini masih dalam tempoh kuarantin selepas pulang dari luar negara, beliau tidak boleh hanya duduk diam di rumah tanpa berbuat apa-apa, sedangkan para petugas barisan hadapan sibuk bertarung nyawa membendung penularan wabak Covid-19.

"Nak jadi frontliners dah terlambat nak study or pergi 'training', jadi Farah cuba 'cover' area yang Farah ada pengalaman iaitu 'clothing' dan 'crowd funding'.

"Farah dah reka tudung pakai buang yang sangat mudah dipakai untuk digunakan oleh petugas wanita barisan hadapan kita.

"Perkara itu juga sudah dibincangkan dengan petugas-petugas wanita terlibat secara online dan mereka maklumkan sangat kekurangan tudung pakai buang kerana PPE (peralatan perlindungan diri) tidak cukup, selain pengganti penutup kepala juga tidak menutupi bahagian sepatutnya," tulisnya.

Lukisan dihasilkan Maream sebagai sokongan kepada projek 'Frontliner Diaposable Hijab' yang dilaksanakan ibunya yang dipanggil Omma. Foto: Instagram Farahlee
Lukisan dihasilkan Maream sebagai sokongan kepada projek 'Frontliner Diaposable Hijab' yang dilaksanakan ibunya yang dipanggil Omma. Foto: Instagram Farahlee

Farah yang merupakan pemilik butik Ommaesabel berkata, beliau sangat gembira dapat berkongsi projek yang dirancang itu dengan semua khususnya pengikut di Instagram.

Artikel Berkaitan:

Lebih menarik, poster projek tersebut dilukis sendiri oleh anak tunggalnya, Maream Esabel Ally Iskandar, 5.

Dalam perkembangan sama, blogger yang turut aktif dalam aktiviti sukarelawan itu turut menyeru semua pihak untuk sama-sama menyumbang secara dalam talian bagi menjayakan projek itu dan membantu para frontliner walaupun hanya dari rumah.

Inisiatif Farah itu mendapat reaksi positif daripada rata-rata pengikutnya yang memuji usaha dan idea beliau untuk membantu para frontliner walaupun dengan berada di rumah.