Kerajaan bertindak pantas bantu rakyat

Orang awam mengikuti siaran langsung pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) sebanyak RM250 billion oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto Bernama
Orang awam mengikuti siaran langsung pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) sebanyak RM250 billion oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto Bernama
A
A
A

JUMAAT lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) berjumlah RM250 bilion dengan matlamat melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuhkan ekonomi dalam menghadapi kesan pandemik koronavirus (Covid-19).

Pakej itu menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat akibat penularan virus berkenaan yang kini telah berjumlah 2,470 kes di seluruh Malaysia dan telah meragut sebanyak 34 nyawa setakat ini.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sepatutnya tamat esok juga terpaksa dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 14 April depan untuk memastikan rantaian Covid-19 dapat diputuskan.

Perintah itu telah mengubah kehidupan seharian majoriti rakyat termasuk dari segi kewangan kepada individu yang tidak dapat bekerja dan berniaga.Justeru, ramai yang menarik nafas lega dengan pakej Prihatin yang diumumkan Perdana Menteri itu.

Namun ada juga pihak terutama individu tertentu yang tidak bersetuju dengan rescue plan itu kerana mendakwa ia diumumkan tanpa mendapatkan kelulusan Parlimen.

Dalam keadaan biasa, mungkin kerajaan perlu mendapatkan kelulusan Parlimen tetapi keadaan sekarang, di mana PKP dilaksanakan, bagaimana hendak memanggil Dewan Rakyat bersidang yang sudah tentu perlu mengikut prosedur.

Antaranya memberi notis 14 hari kepada ahli Parlimen untuk memanggil bersidang sedangkan rakyat berhadapan kesusahan yang perlukan bantuan segera daripada kerajaan. Masalah itu bukan dihadapi Malaysia sahaja tetapi seluruh dunia.

Jika dibahas di Parlimen, sudah tentu ia akan mengambil masa mungkin dua atau tiga hari lagi untuk berbahas dan diluluskan. Dalam suasana kritikal, kerajaan bukan sahaja perlu pantas berfikir bahkan perlu segera bertindak. Keadaan jika dibiarkan akan menjadi lebih kritikal dan rakyat akan terjejas lebih teruk.

Artikel Berkaitan:

Apabila Parlimen bersidang semula selepas Covid-19 berjaya ditangani, Perdana Menteri boleh membentangkan semula perbelanjaan tersebut sebagai bajet tambahan untuk diluluskan Dewan Rakyat. Amalan itu dilakukan semua negara di bawah sistem Westminster dalam Komanwel.

Dalam keadaan yang kritikal, kita perlu menyokong usaha kerajaan menangani wabak yang serius ini. Janganlah terlalu berpoliticking sehingga menyusahkan kerajaan dan memeningkan rakyat.