Buli: Rakaman video berlaku awal 2018

Video menunjukkan seorang pelajar dipukul dalam kejadian awal tahun 2018.
Video menunjukkan seorang pelajar dipukul dalam kejadian awal tahun 2018.
A
A
A

BUTTERWORTH - Video rakaman kejadian buli yang melibatkan beberapa pelajar sekolah yang telah tular di laman sosial baru-baru ini merupakan kes yang berlaku pada tahun 2018 di luar kawasan sekolah yang melibatkan pelajar sebuah sekolah menengah di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian dikatakan berlaku pada jam lebih kurang 3.30 petang awal tahun 2018 di rumah salah seorang daripada suspek buli tersebut.

"Kejadian melibatkan seorang mangsa dan lima suspek dari sekolah yang sama.

"Motif kejadian dikatakan berlaku kerana mangsa disyaki mencuri telefon bimbit dan wang saku salah seorang suspek buli tersebut," katanya.

Katanya, polis akan memanggil pihak yang terlibat samada mahu membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan secara rasmi dijalankan.

"Siasatan lanjut akan dilakukan pihak polis berkaitan kejadian yang tular ini," katanya.

Artikel Berkaitan: