Kanak-kanak maut dipercayai didera pengasuh

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

BATU PAHAT - Seorang kanak-kanak perempuan berumur 4 tahun meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini hari ini dipercayai didera pengasuhnya.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, susulan kematian kanak-kanak itu pada jam 7.15 pagi tadi, polis kemudian menahan pengasuh berumur 33 tahun itu bersama suaminya yang berumur 41 tahun bagi membantu siasatan.

"Siasatan awal turut mendapati abang mangsa yang berumur enam tahun turut dipercayai didera berdasarkan kesan lebam pada badannya.

“Polis berjaya menyelamatkan abang mangsa dan dia yang sedang dirawat di hospital sama kini dalam keadaan stabil,” katanya menerusi kenyataan.

Azhan berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana dera.

Difahamkan ibu kepada dua kanak-kanak berkenaan yang juga ibu tunggal menyerahkan anaknya kepada pengasuh terbabit untuk dijaga kerana bekerja. - Bernama

Artikel Berkaitan: