'Sekarang bukan tentang saya tapi apa kami boleh lakukan'

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - "Sekarang ini bukan tentang saya tetapi apa kami boleh lakukan terhadap koronavirus (Covid-19)," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham.

Noor Hisham berkata demikian pada sidang akhbar di Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini ketika diajukan soalan berkaitan dirinya yang mendapat pujian rakyat sehingga digelar wira Malaysia dalam mengendalikan kes Covid-19 di negara ini.

Kemunculan Noor Hisham setiap hari dalam sidang akhbar khas berkaitan wabak itu sering mendapat perhatian ramai.

Menurutnya, fokus beliau adalah untuk menangani pandemik yang masih menular sehingga meragut 34 nyawa ketika ini.

"Pada saya tak penting (gelaran wira negara), yang penting adalah perkhidmatan," katanya.

Noor Hisham yang kini berusia 57 tahun mula memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Kesihatan sejak 2013.

Artikel Berkaitan: