Arab Saudi kuat kuasa perintah 'lockdown' di Jeddah

Arab Saudi mengeluarkan perintah 'lockdown' di wilayah Jeddah. Foto Sumber Internet
Arab Saudi mengeluarkan perintah 'lockdown' di wilayah Jeddah. Foto Sumber Internet
A
A
A

RIYADH - Arab Saudi pada Ahad mengeluarkan perintah 'lockdown' di wilayah Jeddah sebagai sebahagian langkah membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Anadolu memetik agensi berita Arab Saudi (SPA).

Memetik sumber Kementerian Dalam Negeri aktiviti keluar dan masuk di sempadan wilayah berkenaan kini disekat.

Pihak berkuasa juga memanjangkan tempoh berkurung di wilayah itu yang kini bermula jam 3 petang. Sebelum ini perintah berkurung bermula jam 7 malam.

Minggu lalu, pihak berkuasa Arab Saudi menguatkuasakan perintah berkurung selama tiga minggu dan 'lockdown' di Riyadh dan di Makkah serta Madinah.

Setakat ini, tiga kematian dicatatkan di negara itu selain lebih 1,100 orang dijangkiti. - Bernama

Artikel Berkaitan: