Pusat Khidmat DUN Semambu edar cecair pembasmi kuman percuma

Chean Chung (kanan) ketika penyerahan barangan keperluan petugas barisan hadapan HTAA.
Chean Chung (kanan) ketika penyerahan barangan keperluan petugas barisan hadapan HTAA.
A
A
A

KUANTAN - Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu mengedarkan kira-kira 70 botol cecair pembasmi kuman kepada Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan peniaga gerai di kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee Chean Chung berkata, usaha ini dilaksanakan bagi membantu petugas kesihatan dan peniaga kecil yang berdepan masalah kekurangan bekalan cecair pembasmi kuman di daerah ini sejak sebulan lalu.

Menurutnya, ia sekali gus menggalakkan dan menyedarkan peniaga dan pengguna tentang kepentingan penggunaan cecair itu untuk membasmi penularan Covid-19.

"Sumbangan ke HTAA merupakan kali kedua dilakukan oleh Pusat Khidmat DUN Semambu. Dua hari lepas kita berikan sumbangan berupa empat meja berlaci, 1,000 keping topeng muka (3 ply mask), 10 botol besar cecair pembasmi kuman, 20,000 pasang sarung tangan, enam botol gel mandian, lima gulung pembungkus plastik, tiga pek besar biskut dan minuman segera 3 dalam 1 untuk barisan hadapan.

"Wabak tidak dapat dikesan, tapi khidmat tetap diteruskan. Saya tahu mereka sedang memikul tanggungjawab yang besar dan mungkin ada yang rasa penat dan letih.

"Moga barisan depan kita kekal bersemangat dengan bantuan sekadar mampu kami," katanya.

Artikel Berkaitan: