X

Kindly register in order to view this article
!

Perdana Menteri 'shopping' barang keperluan

Muhyiddin mematuhi arahan pemeriksaan suhu badan sebelum dibenarkan masuk ke dalam pasaraya. Foto: Facebook Muhyiddin Yassin
A
A

KUALA LUMPUR - Ketika kesibukan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalankan tugas terhadap negara, Perdana Menteri itu sempat meluangkan masa hari ini membeli barangan keperluan di sebuah pasar raya di ibu negara.

Menerusi hantaran di Facebooknya hari ini, beberapa gambar beliau berpakaian santai dengan kemeja lengan pendek dilihat tidak mengabaikan amalan kebersihan apabila memakai topeng muka serta bersarung tangan.

Muhyiddin memakai penutup hidung dan mulut serta sarung tangan sebagai langkah keselamatan dan perlindungan. -Foto: Facebook Muhyiddin Yassin
Muhyiddin memakai penutup hidung dan mulut serta sarung tangan sebagai langkah keselamatan dan perlindungan. -Foto: Facebook Muhyiddin Yassin

Beliau juga mematuhi arahan untuk disaring atau diperiksa suhu badan oleh petugas di situ sebelum dibenarkan masuk ke dalam pasar raya berkenaan.

Muhyiddin kemudiannya dilihat menolak troli bersendirian mencari barangan diperlukan di beberapa bahagian dalam pasar raya itu.

Muhyiddin sedang memilih barangan di salah satu bahagian dalam pasaraya. Foto: Facebook Muhyiddin Yassin
Muhyiddin sedang memilih barangan di salah satu bahagian dalam pasaraya. Foto: Facebook Muhyiddin Yassin

"Pagi tadi saya sempat turun ke sebuah pasar raya di Kuala Lumpur, cari barang-barang sedikit sambil melihat amalan orang ramai di pasar raya.

"Alhamdulillah, ramai sudah peka mengenai keperluan penjarakan sosial, barang-barang di pasar raya pun penuh. Jadi kita tidak perlu panik," tulisnya.

Perkongsian itu mendapat reaksi daripada ramai pihak dan rata-ratanya meninggalkan komen positif mendoakan kesihatan Muhyiddin serta menzahirkan terima kasih di atas semua yang dilakukan untuk rakyat dalam tempoh sukar ini.

Muhyiddin menolak troli bersendirian mencari barangan diperlukan. -Foto: Facebook Muhyiddin Yassin
Muhyiddin menolak troli bersendirian mencari barangan diperlukan. -Foto: Facebook Muhyiddin Yassin

Beberapa hari lalu, Muhyiddin melakukan tinjauan aktiviti jualan dan pembelian di sebuah pasar raya besar di Seri Kembangan sempena pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau dilaporkan meninjau ke bahagian keperluan harian seperti sayuran, bawang, ikan, ayam dan daging sebelum ke bahagian menjual gula, minyak masak dan beras.

Muhyiddin dilihat sedang memilih produk coklat di bahagian disediakan
Muhyiddin dilihat sedang memilih produk coklat di bahagian disediakan

Beliau turut bertanya kepada beberapa pelanggan sama ada barangan keperluan mencukupi atau sebaliknya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus