Tempoh lanjut PKP sudah diwartakan: Takiyuddin

Takiyuddin memaklumkan PKP yang akan bermula 1 hingga 14 April ini sudah diwartakan.
Takiyuddin memaklumkan PKP yang akan bermula 1 hingga 14 April ini sudah diwartakan.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Persekutuan sudah mewartakan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan bermula 1 hingga 14 April ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu digazetkan hari ini oleh Kementerian Kesihatan.

"Pagi tadi, saya dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba bahawa lanjutan PKP sudah digazetkan.

"Lanjutan PKP ini diwartakan menerusi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 432)," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) peringkat Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim hari ini.

Beliau berkata, kini sudah tidak timbul pertikaian soal perundangan mengenai tempoh lanjutan PKP kerana ia dibuat menerusi undang-undang.

"PKP yang dilaksanakan pada 18 hingga 31 Mac ini kita sudah gazetkan dan pagi tadi adalah untuk tempoh lanjutan," katanya.

Sementara itu, menjelaskan mengenai PKP yang dilihat masih belum difahami umum Takiyuddib berkata, ia adalah satu peraturan yang dibuat supaya mereka berada di dalam rumah.

“Bagi saya, sekitar rumah adalah rumah kitalah. Cumanya yang penting ikuti jarak sosial.

Artikel Berkaitan:

“Yang keduanya, PKP ini ada pengecualian yang ditentukan oleh Akta 342 ini dan mereka yang dibenarkan pun mesti mempunyai surat kebenaran daripada Kementerian Kesihatan.

“Bagi yang tidak ada kerja dan diberikan cuti diminta untuk berada di rumah. Siram pokok bunga bolehlah. Jangan pergi ke kebun,” katanya.