Laporan kawasan 'total lockdown' berita palsu: Ismail Sabri

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Senarai kawasan yang didakwa akan menjalani perintah berkurung menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah berita palsu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menegaskan kerajaan tidak pernah membuat keputusan sedemikian atau mengeluarkan kenyataan berhubung perkara terbabit.

Justeru beliau menafikan maklumat yang disebarkan itu adalah kenyataan yang dibuatnya.

“Masih banyak berita palsu di luar sana ketika ini termasuk kononnya ada senarai kawasan yang bakal dilaksanakan perintah berkurung secara ‘total’ seperti diterbitkan dalam laporan The Edge.

“Laporan itu menyebut ia seolah-olah kenyataan daripada saya, justeru saya nak tegaskan ia berita palsu.

“Hanya kenyataan media setiap hari selepas mesyuarat seperti hari ini yang akan dikeluarkan (mengenai apa-apa perkara),” katanya pada sidang akhbar harian Covid-19 hari ini.

Artikel Berkaitan: