DBKL perlu muktamadkan segera penganjuran bazar Ramadan

Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta memuktamadkan segera status penganjuran bazar Ramadan bagi kawasan Kuala Lumpur bagi membolehkan peniaga membuat persiapan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, beberapa negeri telah membuat pengesahan penangguhan bazar Ramadan termasuk di Negeri Sembilan.

Menurutnya, DBKL perlu memberikan kata putus dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut peniaga dan penjaja.

"Ada antara mereka telah membuat bayaran kepada penganjur induk, jika dibatalkan adakah mereka akan dapat semula wang tersebut atau pihak mana yang akan bertanggungjawab," katanya sewaktu Facebook Live bual santai Covid-19 semalam.

Fahmi berkata, peniaga perlu dibantu dari segi suntikan modal dan pembiayaan sekiranya bazar beroperasi seperti biasa.

"Sekarang masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan jika peniaga dibenarkan berniaga maka mereka perlu mendapat bantuan tambahan.

"Sebagai contoh pinjaman mikro kredit untuk membeli stok niaga, mungkin perlukan RM5,000. Berikan mereka bebas faedah untuk tempoh 12 bulan sebagai salah satu bentuk tawaran bantuan," katanya.

Setakat ini Negeri Sembilan dan Melaka antara dua negeri yang telah mengesahkan tiada bazar Ramadan tahun ini susulan penularan Covid-19 yang setakat semalam Malaysia telah mencatatkan 2,320 kes dengan 27 kematian.

Artikel Berkaitan: