PKP: 13 jemaah ditahan selepas solat Isyak di masjid

Facebook Pejabat Agama Bagan Serai memuatnaikkan tangkapan 13 jemaah di sebuah masjid, semalam.
Facebook Pejabat Agama Bagan Serai memuatnaikkan tangkapan 13 jemaah di sebuah masjid, semalam.
A
A
A

BAGAN SERAI - Seramai 13 jemaah sebuah masjid di sini, ditahan kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menunaikan solat Isyak semalam.

Pejabat Agama Bagan Serai melalui Facebooknya memaklumkan penahanan kesemua lelaki tersebut dilakukan ketika rondaan dan pemantauan pegawai penguat kuasa bersama anggota polis.

Pentadbir Facebook itu turut memuat naik gambar dengan status "Kesemua mereka ditahan oleh polis dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian untuk tindakan selanjutnya.

"Mohon semua masjid dan surau memberi kerjasama terbaik dan mematuhi arahan pihak berkuasa," katanya.

Pejabat Agama Bagan Serai turut memuat naik hadis yang menjelaskan pahala yang diterima jemaah apabila masjid diperintah tutup.

"Sesiapa yang kebiasaannya berjemaah di masjid, bersedekah, berwirid atau membaca al-Quran, kemudian tertahan daripada melakukan ibadat kerana sakit, musafir, atau dihalang pemerintah kerana darurat maka, Allah akan terus memberi pahala sepertimana dia sihat atau tidak bermusafir.

"Itu pahala pertama, pahala kedua yang dia dapat ialah kerana taat kepada pemerintah. Besar rahmat-Nya, sikit pun tiada kerugian," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian melaporkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) menetapkan tiada solat Jumaat dan solat fardu secara berjemaah di semua masjid dan surau di seluruh Perak sepanjang tempoh lanjutan PKP.