Aktiviti keagamaan di Pahang ditangguh sehingga 14 April

Muip mengeluarkan kenyataan penangguhan semua aktiviti keagaaman di Masjid dan Surau di Pahang.
Muip mengeluarkan kenyataan penangguhan semua aktiviti keagaaman di Masjid dan Surau di Pahang.
A
A
A

KUANTAN - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) menangguhkan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau di seluruh Pahang susulan lanjutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April depan.

Timbalan Yang Dipertua Muip, Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Al-Sultan Abdullah bertitah, semua aktiviti di masjid negeri, daerah dan kariah serta surau ditangguhkan tanpa ada pengecualian.

Titahnya, keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang pada Khamis, lalu.

“Masjid hanya dibenarkan melaungkan azan oleh muazin bertugas, manakala solat berjemaah didirikan bersama ahli keluarga di rumah masing-masing.

“Solat Jumaat pula tidak boleh dilaksanakan di rumah dan digantikan dengan solat Zuhur di kediaman masing-masing,” titahnya dalam satu kenyataan.

Tengku Amir Nasser Ibrahim bertitah, lanjutan tempoh penangguhan itu tertakluk kepada pengumuman dari semasa ke semasa.

"Semua pihak yang terlibat dengan pengurusan masjid dan surau di Pahang perlu mematuhi arahan berkenaan," titahnya.

Dalam pada itu, Tengku Amir Nasser Ibrahim meminta agar umat Islam bersama-sama memohon doa kepada ALLAH S.W.T semoga wabak koronavirus (Covid-19) segera berakhir.

Artikel Berkaitan:

"Doakan juga semoga Pahang beroleh perlindungan ALLAH daripada wabak dan bencana,” titahnya.