Kes kematian Covid-19 di AS meningkat lebih 2,000 kes

 Bandar New York wilayah paling teruk di negara tersebut dengan jumlah penduduk yang paling ramai dijangkiti.
Bandar New York wilayah paling teruk di negara tersebut dengan jumlah penduduk yang paling ramai dijangkiti.
A
A
A

WASHINGTON- Amerika Syarikat (AS) terus mencatatkan peningkatan kes kematian akibat koronavirus (Covid-19) melonjak melepasi 2,000 kes pada Sabtu.

Jumlah kematian ialah 2,010 kes dengan peningkatan dua kali ganda dalam masa tiga hari, menurut satu kajian oleh Johns Hopkins University.

Menurut Johns Hopkins, bandar New York wilayah paling teruk di negara tersebut dengan jumlah penduduk yang paling ramai dijangkiti.

Sepanjang 24 jam lalu, angka kematian di AS ialah 453 kes yang dikaitkan dengan penyakit Covid-19, menyebabkan jumlah keseluruhan kematian negara itu kepada 1,891 kematian sejak pandemik bermula.

AS sejak Khamis lalu telah mencatatkan bilangan kes tertinggi di dunia.

Ia bagaimanapun kurang daripada 10,023 kematian di Itali, 5,812 di Sepanyol, 3,299 di China atau 2,317 di Perancis.

Sehingga petang Sabtu, Universiti Johns Hopkins mencatatkan 115,547 kes di AS. Ini termasuk kenaikan 23 peratus daripada 21,309 kes dicatatkan sehari.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Sabtu berkata, beliau sedang mempertimbangkan meletakkan seluruh negeri di bawah kuarantin- AFP

Artikel Berkaitan: