Kematian akibat Covid-19 di AS melebihi angka korban Taufan Katrina
WASHINGTON- Angka kematian akibat wabak Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) kini sudah melebihi sehingga 2,000 pada Sabtu.
Ini sekali gus menjadi ujian besar bagi negara itu selepas jumlah tersebut ternyata melebihi kematian akibat Taufan Katrina, iaitu antara bencana alam yang paling diingati dalam sejarah negara itu.
Di Amerika Syarikat, sekurang-kurangnya 111,115 kes positif Covid-19 disahkan, lapor portal berita CNN.
Di bandar besar New York sahaja, seramai 52,318 orang dilaporkan sudah dijangkiti pandemik berkenaan.
Ia sekali gus memberi kebimbangan kepada Presiden Donald Trump yang kini membuat pertimbangan bagi mengenakan 'kuarantin jangka pendek, dua minggu' bagi bandar New York, New Jersey dan beberapa bahagian di Connecticut.- AWANI
Kes Covid-19 di Pulau Pinang menurun
Perak rekod 1,089 kes Covid-19 dalam tempoh dua minggu
Empat kes Covid-19 dikesan di PPS Johor
Covid-19: Pemakaian pelitup muka masih digalakkan di sekolah
Wanita Singapura hilang di Sepanyol ditemui mati dengan kesan tikaman
Indonesia keluarkan amaran tsunami susulan letusan Gunung Ruang
Satu lagi konsert, Harimau Malaya pertimbang tukar venue
Rombongan pengantin, jemaah umrah antara penumpang terkandas di KKIA