[VIDEO] 'Uncle' agih sayuran percuma di kawasan kejiranan

Paparan Facebook menunjukkan lelaki berkenaan mengagihkan sayuran secara percuma di sebuah taman di sini.
Paparan Facebook menunjukkan lelaki berkenaan mengagihkan sayuran secara percuma di sebuah taman di sini.
A
A
A

PAGOH - Seorang peniaga mengambil inisiatif mengagihkan sayur-sayuran secara percuma kepada kawasan kejiranan di sini.

Menerusi perkongsian video yang tular di akaun Facebook We are Malaysians, lelaki berkenaan dilihat sedang mengagihkan sayur-sayuran dari rumah ke rumah dan meletakkan barangan itu di atas pagar.

Kapsyen video itu turut tertulis, "Mengedarkan sayur-sayuran secara percuma. Usaha yang baik daripada membuangnya. Nasib baik petani menawarkan diri untuk edar sayur-sayur percuma kepada penduduk kampung."

Ternyata tindakan lelaki tersebut sebenarnya telah menggembirakan penduduk termasuk netizen.

Walaupun cuaca panas, agihan itu tetap dilakukan dengan bantuan rakannya yang memandu pacuan empat roda.

"Aduh baik hatinyalah 'uncle' dua orang ni, agih keperluan harian untuk penduduk taman. Syabas untuk 'uncle' berdua," kata Fatimah Tamim.

Kata Jessica Lim, "Orang seperti mereka kita perlukan ketika ramai yang susah."

"Terima kasih kerana membantu, orang ramai takut nak keluar. Gembira (kerana) 'uncle' ni pemurah. Moga terus dirahmati," kata Ismail Hakim.

Artikel Berkaitan: