Pasar basah di Kuching tutup 10 hari adalah berita palsu: Polis

Datuk Dev Kumar M M Sree
Datuk Dev Kumar M M Sree
A
A
A

KUCHING - Orang ramai diminta tidak mempercayai khabar angin kononnya pasar basah di bandar raya ini akan ditutup selama 10 hari mulai Isnin ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar M M Sree berkata, mesej yang tular berhubung penutupan pasar itu merupakan berita palsu yang hanya bertujuan menggusarkan masyarakat.

“Polis mengesahkan bahawa berita tentang penutupan pasar basah di Kuching adalah palsu.

"Pasar, pasar raya, kedai runcit yang menjual barangan makanan masih dibuka dan orang ramai tidak perlu bimbang,” katanya dalam satu kenyataan melalui aplikasi WhatsApp, malam ini.

Beliau menasihati individu yang menyebarkan berita palsu untuk menakut-nakutkan masyarakat supaya menghentikan segera perbuatan yang menyalahi undang-undang itu.

“Jika polis mengesan individu-individu yang menyebarkan berita palsu ini, kita akan tangkap serta-merta dan mereka akan dibawa ke muka pengadilan,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: