Mari kita semua berganding bahu lawan pandemik Covid-19: Saifuddin

Saifuddin Abdullah berkongsi klip video media sosial yang menarik oleh pasukan muda bola keranjang dalam Twitter miliknya.
Saifuddin Abdullah berkongsi klip video media sosial yang menarik oleh pasukan muda bola keranjang dalam Twitter miliknya.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkongsi klip video media sosial yang menarik oleh pasukan muda bola keranjang menyeru semua orang agar duduk di rumah dan memerangi koronavirus (Covid-19) bersama-sama.

Ia dikongsikan melalui twitter rasminya yang memaparkan klip video berdurasi 1 minit 38 saat, dengan tagline #passtheballnotcovid, dihasilkan oleh pasukan wanita Simba, juara Liga Bola Keranjang Komuniti Kebangsaan 2019 (WNCBL).

Video itu telah dirangkumkan secara kreatif menggunakan elat kamera, bagaimana mereka melakukan hantaran bola daripada seorang pemain kepada pemain yang lain, semuanya berada di rumah masing-masing.

Mesej mereka: mempromosikan gaya hidup sihat ketika berada di rumah semasa penularan pandemik Covid-19 ketika ini.

“At a time of crisis like this, we do not only represent team Simba, we represent team Malaysia, better yet - team planet Earth. We ALL need to work together to fight this pandemic of Covid-19 (Pada masa krisis seperti ini, kami bukan sahaja mewakili pasukan Simba, kami juga mewakili pasukan Malaysia atau lebih dikenali sebagai - pasukan planet Bumi. Kita SEMUA perlu bekerjasama memerangi pandemik COVID-19 ini). #StayHome, #stayhealthy and #passtheballnotcovid

Artikel Berkaitan: