97 peratus netizen setuju, sokong PM

Tangkap layar tentang kaji selidik dalam talian Facebook Sinar Harian.
Tangkap layar tentang kaji selidik dalam talian Facebook Sinar Harian.
A
A
A

SHAH ALAM - Majoriti pembaca Sinar Harian bersetuju dan menyokong langkah-langkah diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menangani kesan akibat penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Ia berdasarkan kaji selidik dalam talian itu selama 24 jam yang berakhir 6 petang tadi di mana seramai 84,000 netizen membuat undian tersebut.

Tinjauan pendapat itu mendapati 97 peratus menyokong usaha tersebut manakala hanya tiga peratus menyatakan kurang bersetuju.

Kaji selidik itu turut mendapat 6,100 tanda suka di mana rata-rata netizen memberi pelbagai komen mengenai tampuk pemerintahan kerajaan di bawah kepimpinan Muhyiddin.

Antara yang bersetuju ialah Nor Adawiyah yang melahirkan rasa syukur kerana ALLAH menghantar Perdana Menteri yang bagus kepada rakyat.

"Moga kita jadi orang yang bersyukur atas nikmat yang diberikan. Apa yang berlaku di dunia sekarang ni ada hikmah di sebaliknya. ALLAH nak tegur atas dosa-dosa kita. Moga ALLAH lindungi dan selamatkan PM (Perdana Menteri) dan rakyat Malaysia," katanya.

Palo Burgas pula bersetuju dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang diumumkan semalam.

Bagaimanapun katanya, rakyat perlu tahu kaedah pelaksanaan bantuan itu sebelum diagihkan, sama ada perlu membuat permohonan atau sebaliknya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, ada juga netizen mempersoalkan jumlah tiga peratus netizen yang tidak bersetuju pelaksanaan Prihatin dilakukan oleh Perdana Menteri.

Kata Afiq, "Mungkin tidak bersetuju itu golongan pendapatan tinggi, wang tiada masalah bagi mereka."