Kucing di Belgium dijangkiti Covid-19

Gambar hiasan -Foto 123rf
Gambar hiasan -Foto 123rf
A
A
A

BRUSSELS - Pihak berkuasa kesihatan Belgium semalam mendakwa seekor kucing telah dijangkiti koronavirus (Covid-19) yang disebarkan oleh pemiliknya.

Ketua Penyakit Virus di Institut Kesihatan, Steven van Gucht berkata, jangkitan virus itu dikenal pasti pada haiwan.

"Kucing itu tinggal bersama pemiliknya, seorang wanita yang mula menunjukkan simptom kira-kira seminggu sebelum kucing tersebut mengalami kesukaran untuk bernafas, cirit-birit dan muntah-muntah," ujarnya.

Difahamkan, ia adalah kes pertama melibatkan jangkitan pada kucing walaupun pegawai kesihatan di Hong Kong mengesahkan dua anjing di bandar raya tersebut telah dijangkiti Covid-19.

"Ia ialah kes terpencil. Risiko penyebaran antara manusia dan haiwan adalah sangat rendah. Tiada bukti menunjukkan virus tersebut boleh disebarkan daripada haiwan peliharaan kepada manusia dan haiwan peliharaan lain. " katanya.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak mendedahkan identiti wanita terbabit yang tinggal di bandar Liege yang majoriti penduduknya berbahasa Perancis. - Agensi

Artikel Berkaitan: