Pejabat Kesihatan Lembah Pantai, Titiwangsa terima 2,000 topeng muka

Dr Muhammad Irwan (kanan) menyempurnakan penyerahan 150 pasang PPE dan 15 botol cecair basmi kuman kepada wakil Pejabat Kesihatan Daerah Titiwangsa, Rabu lalu.
Dr Muhammad Irwan (kanan) menyempurnakan penyerahan 150 pasang PPE dan 15 botol cecair basmi kuman kepada wakil Pejabat Kesihatan Daerah Titiwangsa, Rabu lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sukarelawan Tabung Bantuan Frontliners Covid-19 (CovidSinar) semalam menyerahkan 2,000 topeng muka kepada beberapa Pejabat Kesihatan daerah yang diwartakan sebagai zon merah.

Wakil sukarelawan Tabung SinarCovid-19, Dr Muhammad Irwan Ariffin berkata, dilaksanakan bermula malam tadi di Pejabat Kesihatan Lembah Pantai membabitkan 1,000 topeng muka.

Menurutnya, pengagihan itu dilakukan segera susulan keperluan mendesak kakitangan Pejabat Kesihatan itu yang memasuki kawasan 'ground zero' di Masjid Sri Petaling hari ini bagi tujuan pengambilan 'sampling' Covid-19 dari kluster peserta Ijtimak Tabligh 2020 tempoh hari.

"Selain itu bantuan topeng muka, kami turut menyerahkan sumbangan 150 pasang Personal Protection Equipment (PPE) bagi tujuan pemakaian ketika memasuki kawasan 'ground zero' pagi tadi.

"Permintaan terhadap topeng muka dan set PPE sangat tinggi di Pejabat Kesihatan Daerah sekitar Wilayah Persekutuan kerana diwartakan zon merah akibat peratusan jangkitan Covid-19 tertinggi di negara ini," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Selain itu, Dr Muhammad Irwan turut menegaskan sejumlah 500 topeng muka dan 150 pasang PPE turut diagihkan kepada kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Titiwangsa pagi tadi susulan keperluan menjalankan aktiviti pengambilan sampling di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, Jalan Tangling.

Kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Lembah Pantai menerima agihan sumbangan 1,000 topeng muka tiga lapisan dari sukarelawan Tabung SinarCovid bagi memenuhi keperluan mendesak mereka ketika ini.
Kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Lembah Pantai menerima agihan sumbangan 1,000 topeng muka tiga lapisan dari sukarelawan Tabung SinarCovid bagi memenuhi keperluan mendesak mereka ketika ini.

Menurutnya, lebihan 500 topeng muka akan diserahkan di klinik kesihatan lain yang memerlukan selain penyerahan sejumlah 30 botol cecair pembasmi kuman bersaiz lima liter kepada mereka.

Artikel Berkaitan:

"Cuma kali ini kita berharap sumbangan Tabung SinarCovid dapat ditumpukan ke Pejabat Kesihatan Daerah Kepong yang amat memerlukan khemah untuk menjalankan aktiviti 'sampling' Covid-19 selain lampu, peti sejuk dan kipas industri.

"Selain itu, pihak kami sudah mengenal pasti tiga kawasan di Kepong yang sangat memerlukan bantuan barangan keselamatan iaitu Klinik Kesihatan Segambut, Klinik Kesihatan Jinjang dan Klinik Kesihatan Batu.

"Kami turut berharap orang ramai akan terus menyalurkan sumbangan melalui Tabung SinarCovid bagi memastikan usaha mengagihkan bantuan kepada wira-wira barisan harapan negara akan sentiasa berterusan dan konsisten sepanjang wabak Covid-19," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: CovidSinar: 5,000 topeng muka akan diagihkan esok

Tabung CovidSinar terima sumbangan 400 karton air minuman

Tabung CovidSinar rayu kerjasama pengeluar, pembekal

Sabtu lalu, Sinar Harian mengaktifkan CovidSinar bagi membolehkan rakyat di negara ini tampil bersama-sama membantu barisan hadapan dalam mengumpulkan dana kelengkapan perlindungan diri dan makanan.

Usaha tersebut juga bertujuan meringankan beban kumpulan terbabit dalam memerangi Covid-19 dan setiap sumbangan daripada segenap rakyat Malaysia akan disalurkan terus kepada barisan hadapan yang memerlukan.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Sinar Karangkraf bernombor 514271254025 dan sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan menerusi talian 016-668 0920 (pesanan ringkas WhatsApp sahaja).