China sokong usaha Malaysia tangani Covid-19

18
18
A
A
A

KUALA LUMPUR - China menyokong penuh usaha kerajaan Malaysia dalam menangani penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Konsular Politik Kedutaan China ke Malaysia, Yue Jun berkata, dengan segala inisiatif dilakukan kerajaan, beliau berharap krisis Covid-19 dalam negara dapat diatasi segera.

Menurutnya, kedutaan bersedia menyalurkan bantuan dari segi peralatan perubatan sebagai tanda sokongan terhadap Malaysia.

"Harap situasi di Malaysia pulih seperti sedia kala. China berdiri teguh bersama Malaysia dalam mendepani cabaran Covid-19.

"Kami sedia berkongsi ilmu kaedah China mengatasi Covid-19 yang sedikit sebanyak diharap dapat membantu Malaysia mendepani penularan jangkitan ini," katanya selepas Majlis Penyerahan Topeng Muka kepada UMNO di Kedutaan China di Malaysia Jalan Ampang hari ini.

Penyampaian topeng muka disempurnakan oleh Jun kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Mohamad Rafii.

Sementara itu, Mohd Razlan berkata, sumbangan tersebut akan diedarkan kepada petugas barisan hadapan dan untuk kegunaan ahli UMNO yang melaksanakan kerja di lapangan.

"Sumbangan ini melambangkan jalinan kerjasama antara dua negara. China berjaya mengawal Covid-19 di Wuhan, harap pengalaman itu dapat digunakan dalam membantu Malaysia.

Artikel Berkaitan:

"Pertemuan singkat ini turut digunakan untuk membincangkan langkah susulan pasca Covid-19 yang kemungkinan Malaysia berdepan masalah ekonomi dan kekurangan bekalan untuk meneruskan operasi industri dan perniagaan dalam negara," katanya.