Pos Malaysia nafi posmen positif Covid-19 ludah surat

Pos Malaysia menerusi laman Facebooknya menafikan posmen positif Covid-19 meludah di surat untuk menyebarkan wabak itu.
Pos Malaysia menerusi laman Facebooknya menafikan posmen positif Covid-19 meludah di surat untuk menyebarkan wabak itu.
A
A
A

SHAH ALAM – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) menafikan rakaman suara konon petugasnya yang diuji positif koronavirus (Covid-19) telah meludah pada surat-surat sebelum diedarkan.

Pos Malaysia dalam satu kenyataan memberitahu, sebaran berita palsu itu boleh menyebabkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

“Jangan kongsi dan sebarkan mesej yang tidak sahih. Nota suara ini bukan daripada Ketua Pasukan Khas bagi menjalankan audit terhadap kematian pesakit koronavirus (Covid-19), Datuk Dr Christopher Lee seperti yang dikhabarkan,” kata kenyataan itu.

Mengulas lanjut, kenyataan itu turut menasihatkan orang awam supaya tidak mudah berkongsi apa-apa berita yang tidak dipastikan kesahihannya.

“Penyebaran berita palsu adalah satu kesalahan jenayah dan akan dilaporkan kepada @pdrmsia_official.

“Jadilah rakyat yang bertanggungjawab kerana kes-kes sedemikian akan dilaporkan kepada @kementeriankesihatan malaysia,” katanya.

Terdahulu, tular nota rakaman suara kononnya milik Dr Christopher mengatakan bahawa surat-surat yang diterima perlu diasingkan dan dibuka sehari kemudian kerana kononnya seseorang yang positif Covid-19 telah meludah pada surat-surat tersebut sebelum diedarkan.

Artikel Berkaitan: