Jemaah hadir sembahyang Jumaat antara 400 ditahan

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob -Foto Bernama
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Seramai 116 individu telah ditahan polis kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan dengan menunaikan solat Jumaat semalam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, polis turut memaklumkan terdapat lima masjid masih melaksanakan solat berjemaah.

"Saya harap selepas ini tidak lagi berlaku pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan. Bayangkan 116 orang itu ketika solat merapatkan saf dan berhimpit.

"Saya juga dimaklumkan terdapat komuniti masyarakat yang tinggal di kawasan berpagar mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan dengan mengadakan aktiviti larian (berjoging) beramai-ramai dan tindakan telah diambil.

Kita ingatkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan ini terpakai kepada semua pihak tidak kira mereka tinggal sama ada di dalam pagar atau luar," katanya pada sidang akhbar (non-health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Katanya, polis memaklumkan tahap pematuhan rakyat Malaysia terhadap Perintah Kawalan Pergerakan semakin meningkat sehingga 97 peratus dan beliau percaya ia susulan tindakan tegas pihak berkuasa terhadap mereka yang ingkar.

"Semalam sebanyak 320 tangkapan dibuat dan sebelum itu iaitu pada Khamis 162 tangkapan dibuat. Daripada 614 tangkapan ini hampir 400 (tangkapan) dibuat dalam masa dua hari ini.

"Kita percaya tangkapan ini telah mengubah keadaan dan peratus pematuhan ini. Kita dimaklumkan tahap pematuhan meningkat kepada 97 peratus," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, sebanyak 1,046 sekatan jalan dilaksanakan semalam dengan 240,544 kenderaan diperiksa.

"Ini menunjukkan masih banyak kenderaan di atas jalan raya. Walaupun sempadan negeri ditutup tetapi masih terdapat kemasukan warga asing melalui jalan tikus dan polis telah mengenal pasti laluan tersebut.

"Tindakan lebih tegas akan diambil supaya tidak ada kemasukan warga asing melalui jalan tikus," katanya.