DBKL nasihat penduduk berhati-hati semasa operasi tembak gagak

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengingatkan orang ramai di beberapa kawasan di Kepong supaya berhati-hati semasa operasi menembak gagak dilaksanakan di kawasan tersebut Khamis ini (17 Januari).

Menurut DBKL dalam satu kenyataan hari ini, operasi berkenaan bermula kira-kira 5.15 petang sehingga 8 malam dan orang ramai perlu berhati-hati sewaktu berada di kawasan operasi.

Operasi ini adalah bagi mencegah daripada kekotoran najis burung gagak yang menyebabkan kacauganggu di kawasan berkenaan, kata kenyataan itu.

Kawasan yang terlibat dengan operasi berkenaan ialah Jalan Kepong, sekitar Kepong Prima, Kepong Baharu, Jinjang, Taman Beringin, Taman Wahyu, Taman Sri Murni, Taman Mastiara dan kawasan sekitarnya. - Bernama

Artikel Berkaitan: