Isu sitaan Studio Sri Pentas 2 selesai

MBSA sebelum ini menyita Studio Sri Pentas 2.
MBSA sebelum ini menyita Studio Sri Pentas 2.
A
A
A

SHAH ALAM - Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) menjelaskan bahawa pihaknya telah mengadakan perbincangan bersama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) susulan isu sitaan Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif STMB, Johan Ishak berkata, pihak TV3 telah mencapai persetujuan menerusi perbincangan bersama MBSA selepas tindakan sitaan itu dibuat.

Beliau berkata, segala isu melibatkan rakaman serta produksi rancangan yang dihasilkan di studio-studio mereka di Shah Alam untuk siaran TV3 telah diselesaikan dengan sebaiknya.

"Hasil perbincangan itu juga, studio TV3 di Glenmarie kini beroperasi seperti biasa," katanya.

Semalam, Plaza Alam Sentral di sini disita oleh MBSA selepas pihak berkuasa tempatan (PBT) itu mendapati berlaku aktiviti tanpa permit dan kebenaran di premis itu.

Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya tidak pernah memberikan sebarang permit hiburan kepada penganjur untuk menganjurkan karnival sambutan ulang tahun sebuah syarikat beli-belah dalam talian.

MBSA tidak pernah memberikan sebarang permit hiburan kepada pihak berkenaan bagi penganjuran karnival yang dijadual berlangsung di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral selama dua hari.

Artikel Berkaitan: