Tiga jalan sekitar Kota Damansara ditutup

Anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia sedang menyusun penghadang jalan.
Anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia sedang menyusun penghadang jalan.
A
A
A

PETALING JAYA - Sebanyak tiga jalan di Kota Damansara ditutup sementara dalam pelaksanaan Perintah Pergerakan Kawalan (PKP), hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, jalan terbabit ialah Jalan Persiaran Mahogani Seksyen 9, Jalan Persiaran Jati Seksyen 8 dan Jalan Persiaran Sungai Buloh.

"Penutupan jalan itu dibuat bagi mengawal aliran trafik di lokasi berkenaan. Kita mendapati masyarakat masih bebas keluar rumah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, polis Daerah Petaling Jaya, menutup Jalan 5/46 Gasing Indah, di Petaling Jaya yang bersempadan dengan Jalan Pantai Dalam Kuala Lumpur bagi pelaksanaan Perintah Pergerakan Kawalan.

Artikel Berkaitan: