Kongsi usaha tangani Covid-19 bersama Menteri Kesihatan seluruh dunia

Adham
Adham
A
A
A

KUALA LUMPUR- Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkongsi usaha Malaysia menangani Covid-19 dengan menteri-menteri kesihatan seluruh dunia dalam satu sesi telesidang mereka bersama Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus malam tadi.

Dalam sesi ‘Virtual Information Session On Covid-19 By WHO’ itu, Dr Adham turut mengambil peluang memperjelaskan tahap kesiapsiagaan yang diambil kementeriannya dalam membendung penyebaran Covid-19 di negara ini.

“Saya mengadakan telesidang Virtual Information Session On #Covid-19 By WHO dengan Menteri-Menteri Kesihatan seluruh dunia, perjelaskan langkah-langkah yang telah, sedang dan kesiapsiagaan @KKMPutrajaya,” katanya menerusi akaun Twitter hari ini.

Sementara itu KKM dalam kenyataan di Facebook memaklumkan sesi itu memberi peluang kementerian berkongsi maklumat situasi terkini wabak Covid-19 dan langkah-langkah yang telah, sedang dan kesiapsiagaan KKM menghadapi kemungkinan jangkitan menjadi lebih buruk.

Turut serta sesi itu ialah Ketua Setiausaha KKM Datuk Seri Dr Chen Chaw Min dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - Bernama

Artikel Berkaitan: